I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Ahad, Oktober 20, 2013

Bila Nak Kawen???

Lame rasenye x update blog nie..rindu plak rasenye kt blog kesygn nie...
Lately nie bz skit tue yg buatkn blog nie sepi..
Hari nie nk share sikit psl title kt atas tue..
Baru2 nie adik sy dgn rasminye dah jd isteri org...
Alhamdulillah moge jd isteri yg solehah..
So langkah bendul lah jwbnye...
Seperti yg sy dh jangka bile adik dah kawen dulu dari kakaknye mesti akan ade soalan cepumas..
Korg pun mesti tau kan soalan ape..Byk sngt yg dok tnye ko nie Bila Nak Kawen..
Kdg2 rase mcm mls dah nk jawab soalan mcm nie especially yg dari makcik2 nie..
Bila dorg tanye je soalan tue sy pun jwblah tanya lah Allah..
Bila jwb mcm tue meleret2 plak hujah dorg..sungguh membosankn!!!
Mcm2 situation psl title Bila Nak Kawen Nie kn...
Kat sini sy share kn situation yg slalu kita dgr :

Situasi 1
"Bila nak kahwin?"
"Takde jodoh lagi la..."
"Kau memilih sangat memang lah."

Situasi 2
"Bila nak kahwin?"
"Takde duit lagi... macam mana nak kahwin."
"Alaa kau tu perempuan, nak pikir pasal duit ape nye. Nanti laki jugak bagi duit."

Situasi 3
"Bila nak kahwin?"
"Tak ada orang nak *gelak gelak*"
"Tu laa ada orang nak, kau tak nak. Jual mahal."

Kadang-kadang tak faham kenapa sesetengah orang bersikap tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Kalau korang dah kahwin, Alhamdulillah.. jaga la anak isteri tu baik-baik. Syukurlah kerana dikurniakan jodoh dan diberikan rezeki oleh Allah. Yang belum berkahwin tapi buat statement-statement seperti di atas tu, semoga anda ditemu dengan jodoh yang baik secepat mungkin juga.. Aminnn~

Oh ya. Tak ketinggalan ada jugak wanita2 yang dah berkahwin guna ayat seperti "Aku masa umur macam kau dah kahwin dah ada anak dah" atau "Teruk-teruk aku pun dah kahwin dah, kau tu?". Yup, ada je yang buat ayat macam tu. Astaghfirullahalazim.. Jodoh dan rezeki tu kuasa Allah. Bukan kah Allah dah pesan semua yang kita ada ni pinjaman je? Yang duk takbur sangat tu tak takut Allah tarik balik?

Dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Allah Ta'ala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi; dan (ketika itu) Arasy Allah Ta'ala berada di atas air."

So, soal jodoh ajal maut rezeki ni kite berserah je pada Allah, dengan usaha dan tawakkal. Kepada sesiapa yang dah baca entry ni, harap paham-paham lah perasaan orang lain jugak dan jgn sesuka hati je tanye orang dan buat andaian-andaian yang korang tak sedar boleh melukakan hati rakan-rakan. 

Sabtu, Oktober 12, 2013

BFF TILL JANNAH

Last day with him...
Byk perkara yg kami slalu share bersama..
Byk kenangan yg telah terjadi antara kami..
Sentiasa ada di saat susah senang..
Setia menemani ketika diri ini sendiri..
Thankz a lot coz jadi shbt yg t'baek spnjg kita bersama..
Thankz a lot atas sgalenye nasihat yg diberikan..
Sorry sngt jika atas slh silap or kekurangan selama kita kenal..
Sorry sngt di atas segalanya..
Halalkanlah makan,minum & segala-galanya..
Sedih sngt rasenye coz lps nie xde org nk teman pegi keje & balik keje jln kaki lg..
Sedih sngt coz dah xde org nk temankan pegi mkn lg..
Sedih sngt coz dah xde org nk temankan jogging lg..
Sedih sangat dah xde org nk temankan pegi kedai lg..
Sedih sngt coz dah xde org nk belikan magnum almond lg..
Thankz for everything my bff..
U are the greatest friend ever..
Semoga berjaya & dipermudahkan segala urusan di dunia & juga akhirat..
Harap segala nasihat & teguran akan di ingati..
Bff till Jannah..







* Dedicated to my BFF (Muhammad Farhan Bin Sham)

Ahad, Oktober 06, 2013

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



*SUMBER:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Khamis, September 26, 2013

Hargailah Sahabat Anda

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Kadang-kadang ..kita tak menghargai Sahabat. Sebab kita selalu fikir yang bukan bukan tentang dia.. Kita tak sedar hati kita betul - betul menyayangi dia ..

Kenapa ?
Sebab kita tunjuk ego tak nak mengalah...
Hargailah orang yang menyayangi kita.
Sebab kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi...


Khamis, Ogos 15, 2013

Before & After

Before - May 2013
After - August 2013
(^_^)

*Need more exercise
(^_^)

Sabtu, Julai 27, 2013

Terkenang+Teringat+Rindu sngt2

Duhai hati...Kuat lah skit..bleh x??
Nape lah tiap kali melawan perasaan hati nie msti kalah..
Walau dah b'kali2 set kt dlm otak supaya kuat & jgn nanges tp hati nie tetap kalah...


cerita waktu mkn td
Td perut nie rase lpr sngt...so kluar lah kjp g kdai nk mkn..
Dlm dok mkn sorg2 mate nie melilau tgk sekeliling...
Tgk gelagat manusia yg mcm2 ragam...
Tp tibe2 mate nie t'pandang seorang lelaki..
Terkesima seketika...b'ulang kali dok pandang laki tue..
Mcm x percaye pun ada..terus hati nie sebak..
Nak nanges pun ade..Tp pk mase tue kt kedai mkn je..
Kalau x msti dah b'jurai2 air mata nie..
Ya Allah..Trime kasih Ya Allah kerana pertemukan aku dgn insan yg mirip mcm arwah..
Gaya & caranya pun mirip sngt3..T'ubat skit rindu pd arwah sidia..

Abg,syg xpnh lupe abg...
Abg sentiasa dlm hati syg..
Doa syg pd abg x pnh putus..
Selagi syg masih hidup, syg akn terus m'doakan abg..
Maafkan syg ye abg kerana tiap kali bile rindu b'tandang..
Air mata syg pasti mengalir...
Bukan syg x redha ketentuan Illahi..
Tp dgn cara tue je sgale yg t'pendam dalam hati dpt diluahkn..
Hanya Allah je yg tahu ape yg syg rasa bila rindu sngt3 kt abg...
Abg,walaupun kita t'pisah di dunia..
Syg harap kita dapat b'jmp kt sana nanti..
Syg syg abg dunia akhirat..
Moge abg tenang kt sana..
Al-fatihah utk abg...

Rabu, Jun 19, 2013

HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG (DOA)

AKHIRNYA TIBA JUA TANGGAL 19 JUNE. SAAT INI DI FIKIRAN SAYA TERBAYANG SEGALA KENANGAN KITA SUATU KETIKA DAHULU. MASIH SAYA INGATI LAGI 3 TAHUN YANG LEPAS TIAP KALI TANGGAL 19 JUNE ADA SAHAJA SURPRISE YANG AKAN SAYA LAKUKAN UNTUK AWAK. SAYA TAK PERNAH SESEKALI MELUPAKAN HARI YANG ISTIMEWA DALAM HIDUP AWAK.

MASIH SAYA INGATI LAGI SAAT KALI PERTAMA SAYA CELEBRATE BESDAY AWAK, AWAK TERDIAM DAN TERMENUNG SEKETIKA. SAYA HAIRAN KENAPA AWAK JADI MACAM TUE. SAYA PUN BERTANYA PADA AWAK KENAPA AWAK DIAM & TERMENUNG. LALU AWAK PUN MENJAWAB YANG AWAK TERHARU TERHADAP APA YANG SAYA LAKUKAN. AWAK CAKAP SEBELUM NIE AWAK X PERNAH CELEBRATE BESDAY DENGAN MANE2 PEREMPUAN KECUALI SAYA. AWAK CAKAP AWAK TAK PERNAH BERCINTA SEBELUM NIE. SAYA ADALAH CINTA PERTAMA AWAK. AWAK KATA AWAK TAK PERNAH SANGKA YANG AWAK AKAN LALUI SEMUA NIE DENGAN INSAN YANG AWAK SAYANG. AIR MATA AWAK MENGALIR SAAT AWAK LUAHKAN SEMUA TUE. BERTAPA IKHLASNYA HATI AWAK PADA SAYA.

ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR SANGAT KERANA SAYA CINTA PERTAMA & TERAKHIR AWAK. MAAFKAN SAYA AWAK KERANA SAAT SAYA CORETKAN SEMUA NIE AIR MATA SAYA X BERHENTI2 MENGALIR. SAYA TERLALU RINDUKAN AWAK. MUNGKIN AIR MATA NIE DAPAT MENENANGKAN HATI SAYA BUAT SEKETIKA. AWAK, TERIMA KASIH KERANA PERNAH HADIR DALAM HIDUP SAYA. TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MENYAYANGI SAYA SEIKHLAS HATI AWAK. WALAUPUN SEMUA TUE HANYA SEKETIKA SAYA BERSYUKUR SANGAT AWAK. SAYA BAHAGIA BERSAMA AWAK.

TIADA APA YANG DAPAT SAYA BERIKAN PADA AWAK HARI INI PADA KETIKA HARI KELAHIRAN AWAK MELAINKAN DOA YANG X KAN PERNAH PUTUS DARI SAYA UNTUK AWAK. AWAK WALAUPUN KITA TERPISAH DARI DUA ALAM ALAM YANG BERBEZA, SAYA X KAN SESEKALI LUPAKAN AWAK. SAYA HARAP SUATU HARI NANTI KITA AKAN BERJUMPA DI SANA. SEMOGA SEGALA URUSAN AWAK DI SANA DI PERMUDAHKAN. SAYA SAYANG AWAK HINGGA KE SYURGA.










Ya Allah..
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya..
Engkau perluaskanlah kuburnya dengan rahmatMu..
Jadikanlah kuburnya sebagai tempat untuk sidia beristirehat..
Engkau terangilah kuburnya dengan cahayaMu..
Janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai salah satu daripada lubang-lubang nerakaMu..
Engkau tempatkanlah arwah sidia dalam kalangan orang yang soleh & beriman..
Ya Allah..
Semoga arwah sidia tenang di sana..
Sesungguhnya kami berpisah di dunia buat selama-lamanya..
Mudah-mudahan kami bertemu lagi disyurgaMu nanti..
Amin ya rabbal alamin..
Al-fatihah...

Selasa, Jun 18, 2013

Doa Untukmu Sahabat



Ya Allah Ya Tuhanku
Engkaulah yang Maha Besar,Maha Penyayang,Maha Penyembuh atas segala penyakit..
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku tahu sahabatku ini sedang diuji dengan ujian yang amat kecil daripada ujian-ujian besar yang Engkau berikan kepada hamba-hamba mu yang lain..
Aku mohon padaMu Ya Allah
Moga dia diperkuatkan imannya dan sihat seperti sediakala bagi membolehkanya dia memperhambakan diri kepadaMu Ya Allah dengan lebih sempurna..
Ya Allah
Dalam kepayahan menghadapi ujianMu,aku yakin bahawa dia dapat melalui ujianMu dengan penuh ketabahan dan penuh redha serta memperkuatkan dan memperjitukan imannya serta amalannya kepada Mu Ya Allah.Sebagai hambaMu Ya Allah,aku hanya mampu berdoa dan dia juga berdoa yang sama agar dia sihat seperti biasa dan dapat menunaikan kewajipannya kepada Mu Ya Allah..

Rabu, Mei 29, 2013

ALLAH TAHU APA YG TERBAIK

Bismillahirahmanirahim..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Ahad, Mei 19, 2013

CINTA JANGAN PERGI

Ermm..
xtau nape bile tgk cite nie msti ingt kt arwah sidia..
Bile part sedih je aku msti nanges mcm mne Lea Soraya 2 menangis..
Ntah lah xtau nape aku jd mcm 2..
Maybe aku dpt rase pe yg Lea Soraya 2 rase..
Cerite nie btl2 menyentuh ati & perasaan aku..
Ya Allah mmg ssh utk kite lupekn org yg kite syg..
Lagi2 klu org 2 pergi utk selamanya secara tibe2..
Mmg org laen akan ckp sabar lah e2 semua ketentuan Allah..
Ye mmg aku tau e2 ketentuan Allah tp mungkin org hanya tau b’kata je tp korg x akan faham ape yg aku rase sbb korg bkn kat tmpt aku..
Bkn aku x redha cume adakalanya aku perlukan mase utk lalui semua 2..
Aku harap aku akan terus kuat utk lalui hidup yg m’dtg..
-Al-fatihah utk arwah sidia-


CINTA JANGAN PERGI



Cinta Jangan Pergi
Kerancakan seleksi drama menarik di TV9 pada tahun 2013  bakal diserikan lagi dengan kemunculan sebuah drama bersiri yang paling dinantikan pada tahun ini iaitu Cinta Jangan Pergi (CJP).  Drama bersiri yang bakal menyentuh hati dan perasaan penonton setia TV9 ini akan mula disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula  6 April nanti. 
Cinta Jangan Pergi menampilkan pelakon lelaki terbaik filem ASK 2011 Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai watak utama. Keserasian mereka berdua sebagai pasangan kekasih, dalam drama dan filem Nur Kasih, telah mencetuskan idea pengarah berkaliber, Khabir Bhatia untuk meneruskan rantaian keserasian mereka menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini. Cinta Jangan Pergi ini tidak hanya bersandarkan pada kekuatan kedua pelakon itu sahaja, malahan turut dibantu olehNadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob yang menjadi penguat kepada jalan cerita drama ini. 
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “TV9 menawarkan variasi pilihan drama terbaik yang menampilkan nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dan pemilihan produksi yang berkualiti.  Cinta Jangan Pergi merupakan ganjaran istimewa untuk penonton setia TV9 atas sokongan mereka selama ini. Drama 26 episod yang berlatar belakangkan tempat-tempat menarik sekitar Eropah dan Malaysia ini menjanjikan kelainan hasil gandingan hebat pengarah Kabir Bhatia bersama isterinya, Amira Mustaffa selaku penulis skrip. Pemilihan pelakon-pelakon yang pernah menerima anugerah berprestij seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa pasti akan menjadikan Cinta Jangan Pergi drama yang dinanti-nantikan pada tahun ini!”.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. 
Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji.  Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea.  Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga.  Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.
Apakah kesudahan janji cinta di antara Lea Soraya dan Kalil? Pastikan anda sudah bersedia untuk menantikan siaran episod pertama drama Cinta Jangan Pergi yang membariskan ramai pelakon kegemaran anda pada April nanti hanya di TV9!.  Jika anda inginkan hiburan serta informasi menarik mengenai drama dan pelakon Cinta Jangan Pergi, sila layari www.tv9.com.my/cintajanganpergi.  Untuk mengikuti siaran ulangannya pula layari www.tonton.com.my dan jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Twitter dengan #cintajanganpergi.




Khamis, Mei 16, 2013

Rindu Arwah Sidia

Ya Allah...
Betapa rindunya hati ini pd arwah sidia..
Terlalu banyak kenangan pahit & manis tercipta ketika kami bersama..
Kenangan itu takkan mungkin aku lupakan sampai bila-bila..
Walaupun kita di alam yang berbeza..
Hati ini tidak pernah sesekali melupakan sidia..
Tiada apa yang dapat aku lakukan tika saat hati ini merinduimu..
Apa yang hanya mampu aku lakukan, di setiap solatku akan ku kirimkan doa buatmu..
Dan apabila aku teringat padamu Al-fatihah lah yang akan aku hadiahkan padamu.

Ya Allah..
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya..
Engkau perluaskanlah kuburnya dengan rahmatMu..
Jadikanlah kuburnya sebagai tempat untuk sidia beristirehat..
Engkau terangilah kuburnya dengan cahayaMu..
Janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai salah satu daripada lubang-lubang nerakaMu..
Engkau tempatkanlah arwah sidia dalam kalangan orang yang soleh & beriman..
Ya Allah..
Semoga arwah sidia tenang di sana..
Sesungguhnya kami berpisah di dunia buat selama-lamanya..
Mudah-mudahan kami bertemu lagi disyurgaMu nanti..
Amin ya rabbal alamin..
Al-fatihah...

<<<< Dalam Kenangan (Mohd Zulfitri Bin Abd Hamid) >>>>




Selasa, Mei 14, 2013

Perjalanan Hidupku

Perjalanan hidup aku penuh dengan cerita
Ada yang suka ada yg duka
Beronak juga berliku
Dalam perjalanan hidup aku ini
Aku pernah terjatuh
Jatuh tersungkur tersembam ke bumi
Aku cuba bangun lalu terduduk
Aku cuba untuk berdiri tapi kaki aku lemah longlai
Aku cuba sekali lagi namun aku gagal lagi
Aku tak kuat untuk bangun semula
Tanpa aku sedar air mata mula mengalir
Hati ini terasa sungguh pilu
Mengenangkan apa yang telah terjadi
Sejak dari itu hidup aku terasa kosong
Hari-hari yang berlalu tiada erti bagi aku
Aku hampir berputus asa
Aku lena dalam jiwa yang kosong itu
Suatu hari aku tersedar dari lena yang panjang
Aku harus teruskan perjalanan ini
Aku harus kuat
Lalu aku bangkit dengan semangat yang baru
Melangkah dan terus melangkah
Segala onak yang berliku aku tempuhi jua
Walau terkadang kaki ini tersadung
Namun aku tetap meneruskan perjalanan
Kerana aku tahu perjalanan ini masih jauh lagi

Rabu, Mei 08, 2013

♥ KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA ♥

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan
menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat
perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya
terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk
hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus
tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada
hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti
kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh
hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga
perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan
orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong
orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi
orang disekelilingnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan
dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

*Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA..Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH darinya..kerana Dia ingin senantiasa dekat dengan dirimu..InsyaAllah,Allah senantiasa bersama2 denganmu..

Rabu, April 03, 2013

Rindu Dia

Ya Allah...
Di saat ini aku terlalu merindui dia...
Rindu yg sukar untuk aku gambarkan...
Walaupun dia jauh di mata...
Tapi dia sentiasa dekat di hati..

Ya Allah...
Kau lindungilah insan aku rindui itu...
Kau permudahkanlah segala urusan dia di dunia mahupun di akhirat..
Sampaikan salam rindu aku pada dia Ya Allah...
Moga dia turut merasai apa yang terbuku di hatiku ini...

Selasa, Mac 26, 2013

Renungkan

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Illahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Jumaat, Mac 22, 2013

Yang Dulu

Kadang Saya Rindu Diri Saya Yang Dulu..
Waktu Itu Saya Tidak Mempunyai Apa-apa Perasaan Selain Daripada Perasaan Untuk Terus Hidup Dan Menanti Keajaiban dan cahaya itu datang untuk menerangkan hati yang pudar ini dalam bercinta..
Saya rindu diri saya yang mampu menolak cinta dari mana-mana yang datang suatu ketika dahulu hinggalah kini..
Saya sakit dalam bercinta..
Sakit untuk tanggung derita yang mana pada awalnya bahagia dan kini apa yang saya harap cuma hati saya lebih kuat untuk berdepan dengan apa juga dugaannya..
Saya tidak mampu kembali ke masa dulu untuk menjadi diri saya yang dulu..
Saya cuma mampu berharap kekuatan itu ada dengan saya..
Allah Itu Adil.
Semoga Harapan Dengan Kepercayaan Itu Sentiasa Ada Bersama Saya Untuk Menjadi Cahaya Saya Untuk Terus Hidup..

Ahad, Mac 17, 2013

SARAWAK IN THE MOMENT

Assalamualaikummm
Lame rasenye x meng'update' blog nie...
Rindu plak kt blog nie...
Nie nk cite skit ari 2 start 12-15 aribln sy outstation ke sarawak..
Alhamdulillah hepi sngt3 coz dpt g sana..
Maklum lah x seumur hidup x pnh lg jejakkn kaki kt sana..
Sy g sana atas urusan keje..
So mase utk jln2 agak terhad lah sikit..
Kat sana sy stay kt kuching..
Ari first kt sana x g mne2 pun juz g mkn & lepak hotel je..
Ari first jgk lah sy dpt merasa mknn yg blm pnh sy cuba lg iaitu mee kolok..
Mee kolok nie rasenye ok lah...
Kire bleh ditrime oleh tekak sy nie hah..
Sy try mee kolok nie kt area medan selera waterfront..




Ari kedua sy kt sna mase byk dihabiskn kt warehouse je..
So kt warehouse sy juz wt keje sy ape yg patut..
Mlm 2 plak sy kua g mkn steamboat..
Yg bawak sy g mkn nie rakan sekerja sy yg sngt baek ati..
Dye yg blanje sy mkn...
Sngt2 terharu atas layanan yg baek dari beliau..





Ari ketiga still lg mase byk dihabiskan di warehouse..
Ade sedikit perbincangan dgn anggota polis mengenai urusan keje..
Alhamdulillah coz mudah sngt b'urusan dgn mereka..
Habis je urusan di warehouse kami di bawa ke Mira Cake House..
Mira Cake House nie famous sngt dgn kek lapisnye yg sdp..
Smpt gak lah sy m'beli ape yg patut..







Malam ari ketiga plak staff department logistic blanje sy mkn..
Dorg bawak sy mkn kt RJ Ayam Penyet..
Ermm sy try menu ayam bakar n sup tulang..
Mmg sdp..terbaek..





Last day kt sarawak juz lepak2 kt bilik n kemas2 brg pe yg ptt..
Nk kua jln2 dh x smpt dh coz flight kami tghari..

Alhamdulillah syukur sngt dpt g sarawak..
Walaupun sekejap tp syukur coz dpt g tmpt org...
Tq Allah..

Selasa, Mac 05, 2013

Tentang Cinta

Aku bukan lemah tanpa cinta.
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya.
Biarkan aku menangis kerna derita.
Dia hadir mengubatkan rindu.
Mengajarkan aku erti cinta.
Namun semua tidak seindah ku sangka.
Dialah yang aku inginkan. Dia cinta yang kudambakan.
Namun semua hanya tinggal mimpi.
Terpisahnya cinta.
Aku harus melupakannya.
Aku harus memadam rasa. Namun hati tidak pernah mampu.
Melepas kau pergi.
Setelah sedar dari mimpi.
Harus ku terus hidup tanpamu.
Kini ku pasrah segalanya.
Tentang cinta.

Ahad, Februari 17, 2013

Dilukai Lagi

Di keheningan malam....
Aku bersendiri lagi...
Duduk termenung mengenang apa yg terjadi...
Lalu ingin ku coretkan segala yg terbuku di hati...

Entah kenapa harus ini semua terjadi...
Tatkala hati ini baru ingin merasa bahagia...
Tatkala hati ini baru menyulam kasih dan sayang yg ikhlas sejati..
Tatkala rindu membuak-buak di hati..

Aku sangkakan bahagia berpanjangan...
Rupanya terhenti di pertengahan jalan...
Mengapa aku diperlakukan sebegini...
Aku dibuang sebegitu saja...

Apa salah aku...
Apa dosa aku padamu...
Hingga sukar untuk kau memaafkan aku...
Hingga membuatkan kau membenci aku...

Tidakkah kau ingat dahulu kau pernah meninggalkan aku...
Tapi kau datang kembali dengan seribu harapan...
Kau memujuk aku untuk terima kau kembali...
Dan aku menerimamu kembali dan memberi peluang untuk kau memperbetulkan kesilapanmu...

Sekarang setelah aku menyayangimu sepenuh hati...
Setelah aku mengharap kau adalah yg terakhir...
Kau pergi meninggalkan aku...
Mana janji-janji manis yg kau taburkan pada diri ku ini...

Dan untuk yang kedua kalinya aku dilukai olehmu lagi..
Mudahnya kau melupakan aku...
Mudahnya kau meninggalkan aku...
Mengapa kau berubah dengan sekelip mata...

Andai aku yg bersalah...
Maafkan segala kesilapan aku kepadamu...
Halalkan segala yang pernah kau berikan padaku...
Aku cuma mampu berdoa agar kau kembali seperti dahulu...

Tapi jika sudah tertulis kau bukan untuk aku...
Aku redha akan ketentuan buat diriku...
Mungkin aku bukan yg terbaik untukmu...
Terima kasih atas segalanya...


** SELAMAT HARI LAHIR ABAH **

Ya Allah...
Berkatilah hidup abah agar dia sentiasa dalam lindunganMU...
Panjangkan umur abah sehingga aku masih boleh berbakti padanya...
Berikan kesihatan yang baik padanya agar dia masih boleh memberi kami kasih syg yang tiada akhirnya....
Semoga hari esok aku masih boleh melihat senyuman abah...
Semoga kebahagiaan dan kasih sayang ini dalam rahmatMU...
Amin.....

SELAMAT HARI LAHIR YG KE 57 ABAH...
TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANANMU ABAH...
ALONG SYG ABAH DUNIA AKHIRAT...

Ahad, Januari 27, 2013

<< RENUNGAN BERSAMA >>

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan, Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...

Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..

Kelak,
kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Ahad, Januari 06, 2013

::HILANGKAN SEGALANYA::

Ari nie nak share 1 lagu dgn korg semua...
Lagu nie je yg ade kaitan dgn ape yg sy rasa saat ini..



Sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

Selasa, Januari 01, 2013

AZAM 2013

Gud bye 2012....
Welcome 2013...
Sedar x sedar dh thn 2013..

Mcm2 dh jadi sepanjang 2012...
Ade suke ade duka...
Mcm2 dugaan yg aku lalui...
Alhamdulillah aku diberi kekuatan utk lalui semua 2...
Mcm2 kenangan yg aku dpt...
Ade kenangan yg sngt m'bahagiakan..

Ade kenangan yg m'buatkn aku xnk m'ingatinye lg...
2013 umur pun dh 26...
Tp rase mcm mude lg je...huhuhu

Pape pun aku b'syukur pada Illahi...
Syukur krn masih b'nafas lg...

Syukur krn masih diberi peluang utk menikmati kehidupan ini...
Seperti mereka yg laen,aku m'punyai 1 azam..
Azam aku ingin b'ubah kepada yg lebih baek...

Moge Allah m'beri aku kekuatan utk lalui tahun baru ini...
Moge Allah m'permudahkan sgale urusan aku di dunia & akhirat...
Amin...