I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Ahad, Julai 15, 2012

Bagaimana Menghilangkan Lunturan Warna Yang Terkena Pada Pakaian Lain

Ari 2 punye aku menjerit coz baju aku tekena lunturan wane baju yang laen...
Rase nk nanges pun ade....Mcm2 aku wt..Aku rendamlah baju aku dgn air pns..
X hilang gak...Lastly aku google je...X sangka jmp gak tips yg aku nk tau sngt nie...

Untuk meghilangkan lunturan wane 2 kene guna DYLON. 
Nie cara mcm mana nk m'gunakn DYLON :-




Dylon: Cucian Tangan

1.       Penuhkan besin/baldi dengan air panas mengikut suhu tertinggi yang tercatat pada label pakaian yang akan direndam.

2.       Masukkan 1 peket dylon dan kacau sehingga sebati.

3.      Masukkan kesemua pakaian yang turun warna (boleh dicampurkan sekali). Pastikan semua pakaian terendam penuh.

4.       Rendam selama 1 jam. Kacau pakaian itu sekali sekala dalam tempoh 1 jam.

5.     Selepas 1 jam, perah seperti biasa, jemur atau keringkan pakaian anda.


    Nota mengenai DYLON :

·         Boleh didapati di bahagian detergen pakaian di hypermarket seperti giant atau tesco.
·         Terdapat beberapa jenis mengikut keperluan anda, pakaian berwarna, pakaian putih dan lain-lain.
·         Didatangkan dalam 2 sachet bagi setiap kotak.
·         Harga sekitar RM10-RM15 mengikut jenis.

Sabtu, Julai 14, 2012

CINTA


♥ Cintakan harta, Harta akan kehabisan….

♥ Cintakan bunga, bunga akan layu…

♥ Cintakan kecantikan, kecantikan akan pudar….

♥ Cintakan dunia, dunia akan lenyap…

♥ Cintakan manusia, manusia akan mati…

♥ Sebaliknya, serahkanlah cintamu kepada yang lebih berhak….

♥ Cintakan Al-Quran, ia akan bagi jawapan untuk segala kemusykilan…

♥ Cintakan Hadis, ia akan menjadi panduan untuk kita…

♥ Cintakan ilmu, pengetahuan kita akan bertambah…

♥ Cintakan iman, diri akan jadi kuat dari hasutan syaitan dan nafsu…

♥ Cintakan kebaikan, pahala akan sedia menanti untuk kita…

♥ Cintakan pahala, akan menjadi bekalan di akhirat…

♥♥ Cintakan Rasulullah saw, cinta dan semangatnya akan sentiasa mengalir dalam diri kita…. ♥

♥♥ Dan yang paling utama… CINTAKAN ALLAH SWT…ITULAH YANG KEKAL ABADI…… ♥♥

Ahad, Julai 08, 2012

Kesempatan...

Lame rasanya x update blog...
Hari nie baru de kesempatan nk update blog...
Lately nie bz skit....
Mcm2 nk kene wt...
Mslh pun mcm2...
Kdg2 rase cam stress sngt....
Dugaan pun mcm2...
Tp aku tanamkan dlm hati nie sikap sbr...
Supaya ape yg m'dtg aku dpt trime dgn ati yg t'buka..
Alhamdulillah sgale dugaan dpt aku tempuhi dgn tabah...
Dugaan ini jgk dpt mematangkan aku & m'buatkn aku lebih kuat...
TQ Allah....

Selasa, Julai 03, 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. 



Sekian. Wallahualam.