I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Rabu, Mei 29, 2013

ALLAH TAHU APA YG TERBAIK

Bismillahirahmanirahim..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Ahad, Mei 19, 2013

CINTA JANGAN PERGI

Ermm..
xtau nape bile tgk cite nie msti ingt kt arwah sidia..
Bile part sedih je aku msti nanges mcm mne Lea Soraya 2 menangis..
Ntah lah xtau nape aku jd mcm 2..
Maybe aku dpt rase pe yg Lea Soraya 2 rase..
Cerite nie btl2 menyentuh ati & perasaan aku..
Ya Allah mmg ssh utk kite lupekn org yg kite syg..
Lagi2 klu org 2 pergi utk selamanya secara tibe2..
Mmg org laen akan ckp sabar lah e2 semua ketentuan Allah..
Ye mmg aku tau e2 ketentuan Allah tp mungkin org hanya tau b’kata je tp korg x akan faham ape yg aku rase sbb korg bkn kat tmpt aku..
Bkn aku x redha cume adakalanya aku perlukan mase utk lalui semua 2..
Aku harap aku akan terus kuat utk lalui hidup yg m’dtg..
-Al-fatihah utk arwah sidia-


CINTA JANGAN PERGI



Cinta Jangan Pergi
Kerancakan seleksi drama menarik di TV9 pada tahun 2013  bakal diserikan lagi dengan kemunculan sebuah drama bersiri yang paling dinantikan pada tahun ini iaitu Cinta Jangan Pergi (CJP).  Drama bersiri yang bakal menyentuh hati dan perasaan penonton setia TV9 ini akan mula disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula  6 April nanti. 
Cinta Jangan Pergi menampilkan pelakon lelaki terbaik filem ASK 2011 Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai watak utama. Keserasian mereka berdua sebagai pasangan kekasih, dalam drama dan filem Nur Kasih, telah mencetuskan idea pengarah berkaliber, Khabir Bhatia untuk meneruskan rantaian keserasian mereka menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini. Cinta Jangan Pergi ini tidak hanya bersandarkan pada kekuatan kedua pelakon itu sahaja, malahan turut dibantu olehNadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob yang menjadi penguat kepada jalan cerita drama ini. 
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “TV9 menawarkan variasi pilihan drama terbaik yang menampilkan nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dan pemilihan produksi yang berkualiti.  Cinta Jangan Pergi merupakan ganjaran istimewa untuk penonton setia TV9 atas sokongan mereka selama ini. Drama 26 episod yang berlatar belakangkan tempat-tempat menarik sekitar Eropah dan Malaysia ini menjanjikan kelainan hasil gandingan hebat pengarah Kabir Bhatia bersama isterinya, Amira Mustaffa selaku penulis skrip. Pemilihan pelakon-pelakon yang pernah menerima anugerah berprestij seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa pasti akan menjadikan Cinta Jangan Pergi drama yang dinanti-nantikan pada tahun ini!”.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. 
Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji.  Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea.  Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga.  Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.
Apakah kesudahan janji cinta di antara Lea Soraya dan Kalil? Pastikan anda sudah bersedia untuk menantikan siaran episod pertama drama Cinta Jangan Pergi yang membariskan ramai pelakon kegemaran anda pada April nanti hanya di TV9!.  Jika anda inginkan hiburan serta informasi menarik mengenai drama dan pelakon Cinta Jangan Pergi, sila layari www.tv9.com.my/cintajanganpergi.  Untuk mengikuti siaran ulangannya pula layari www.tonton.com.my dan jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Twitter dengan #cintajanganpergi.




Khamis, Mei 16, 2013

Rindu Arwah Sidia

Ya Allah...
Betapa rindunya hati ini pd arwah sidia..
Terlalu banyak kenangan pahit & manis tercipta ketika kami bersama..
Kenangan itu takkan mungkin aku lupakan sampai bila-bila..
Walaupun kita di alam yang berbeza..
Hati ini tidak pernah sesekali melupakan sidia..
Tiada apa yang dapat aku lakukan tika saat hati ini merinduimu..
Apa yang hanya mampu aku lakukan, di setiap solatku akan ku kirimkan doa buatmu..
Dan apabila aku teringat padamu Al-fatihah lah yang akan aku hadiahkan padamu.

Ya Allah..
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya..
Engkau perluaskanlah kuburnya dengan rahmatMu..
Jadikanlah kuburnya sebagai tempat untuk sidia beristirehat..
Engkau terangilah kuburnya dengan cahayaMu..
Janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai salah satu daripada lubang-lubang nerakaMu..
Engkau tempatkanlah arwah sidia dalam kalangan orang yang soleh & beriman..
Ya Allah..
Semoga arwah sidia tenang di sana..
Sesungguhnya kami berpisah di dunia buat selama-lamanya..
Mudah-mudahan kami bertemu lagi disyurgaMu nanti..
Amin ya rabbal alamin..
Al-fatihah...

<<<< Dalam Kenangan (Mohd Zulfitri Bin Abd Hamid) >>>>




Selasa, Mei 14, 2013

Perjalanan Hidupku

Perjalanan hidup aku penuh dengan cerita
Ada yang suka ada yg duka
Beronak juga berliku
Dalam perjalanan hidup aku ini
Aku pernah terjatuh
Jatuh tersungkur tersembam ke bumi
Aku cuba bangun lalu terduduk
Aku cuba untuk berdiri tapi kaki aku lemah longlai
Aku cuba sekali lagi namun aku gagal lagi
Aku tak kuat untuk bangun semula
Tanpa aku sedar air mata mula mengalir
Hati ini terasa sungguh pilu
Mengenangkan apa yang telah terjadi
Sejak dari itu hidup aku terasa kosong
Hari-hari yang berlalu tiada erti bagi aku
Aku hampir berputus asa
Aku lena dalam jiwa yang kosong itu
Suatu hari aku tersedar dari lena yang panjang
Aku harus teruskan perjalanan ini
Aku harus kuat
Lalu aku bangkit dengan semangat yang baru
Melangkah dan terus melangkah
Segala onak yang berliku aku tempuhi jua
Walau terkadang kaki ini tersadung
Namun aku tetap meneruskan perjalanan
Kerana aku tahu perjalanan ini masih jauh lagi

Rabu, Mei 08, 2013

♥ KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA ♥

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan
menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat
perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya
terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk
hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus
tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada
hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti
kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh
hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga
perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan
orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong
orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi
orang disekelilingnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan
dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

*Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA..Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH darinya..kerana Dia ingin senantiasa dekat dengan dirimu..InsyaAllah,Allah senantiasa bersama2 denganmu..