I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Khamis, April 03, 2014

* Jodoh Itu Pasti Ada *

Seseorang itu hadir dalam hidupmu kerana sebuah alasan
Dia datang menawarkan kebahagiaan & juga kekecewaan
Kadang, ada yang hanya datang menyapa saja
Tetapi ada pula yang sudah jauh melangkah
Mereka datang silih berganti
Meninggalkan kenangan yang terkadang terasa perih di hati
Namun percayalah,
Akan ada seseorang yang datang & menetap sepanjang masa hidupmu
Allah sengaja membiarkanmu bertemu dengan beberapa orang yang salah
Sebelum akhirnya mempertemukanmu dengan orang yang tepat
Agar kamu bisa mensyukuri kurniaNya & bisa belajar dengan semua kesalahanmu
Jangan pernah menganggap sakit hatimu sebagai cara untuk menjauhi indahnya hidup
Tapi jadikanlah sakit hatimu sebagai pelajaran yang sangat berharga dalam hidupmu
Yakinlah bahawa Allah telah menyiapkan jodoh yang terbaik untukmu

*Ya Allah jika bukan dia yang tercipta untukku, Engkau tetapkanlah hatiku pada pemilik yang sebenar...Amin Ya Rabbal Alamin...*

Ahad, Februari 16, 2014

Andai Kita Berjauhan

Jika benar suatu saat nanti kita berjauhan..
Yakinlah bahawa sempadan, jarak dan waktu bukanlah satu titik noktah hubungan kita hari ini...
Asalkan hati kita bersatu, redha & tawakal dengan takdir yang telah di atur oleh-Nya...

Jika benar suatu saat nanti kita berjauhan...
Semua rintangan kita akan atasi dan lalui bersama..
Jangan bimbang....
Jauh mana jarak yang memisahkan kita...
Kamu tetap dekat di hati saya...

Ahad, Oktober 20, 2013

Bila Nak Kawen???

Lame rasenye x update blog nie..rindu plak rasenye kt blog kesygn nie...
Lately nie bz skit tue yg buatkn blog nie sepi..
Hari nie nk share sikit psl title kt atas tue..
Baru2 nie adik sy dgn rasminye dah jd isteri org...
Alhamdulillah moge jd isteri yg solehah..
So langkah bendul lah jwbnye...
Seperti yg sy dh jangka bile adik dah kawen dulu dari kakaknye mesti akan ade soalan cepumas..
Korg pun mesti tau kan soalan ape..Byk sngt yg dok tnye ko nie Bila Nak Kawen..
Kdg2 rase mcm mls dah nk jawab soalan mcm nie especially yg dari makcik2 nie..
Bila dorg tanye je soalan tue sy pun jwblah tanya lah Allah..
Bila jwb mcm tue meleret2 plak hujah dorg..sungguh membosankn!!!
Mcm2 situation psl title Bila Nak Kawen Nie kn...
Kat sini sy share kn situation yg slalu kita dgr :

Situasi 1
"Bila nak kahwin?"
"Takde jodoh lagi la..."
"Kau memilih sangat memang lah."

Situasi 2
"Bila nak kahwin?"
"Takde duit lagi... macam mana nak kahwin."
"Alaa kau tu perempuan, nak pikir pasal duit ape nye. Nanti laki jugak bagi duit."

Situasi 3
"Bila nak kahwin?"
"Tak ada orang nak *gelak gelak*"
"Tu laa ada orang nak, kau tak nak. Jual mahal."

Kadang-kadang tak faham kenapa sesetengah orang bersikap tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Kalau korang dah kahwin, Alhamdulillah.. jaga la anak isteri tu baik-baik. Syukurlah kerana dikurniakan jodoh dan diberikan rezeki oleh Allah. Yang belum berkahwin tapi buat statement-statement seperti di atas tu, semoga anda ditemu dengan jodoh yang baik secepat mungkin juga.. Aminnn~

Oh ya. Tak ketinggalan ada jugak wanita2 yang dah berkahwin guna ayat seperti "Aku masa umur macam kau dah kahwin dah ada anak dah" atau "Teruk-teruk aku pun dah kahwin dah, kau tu?". Yup, ada je yang buat ayat macam tu. Astaghfirullahalazim.. Jodoh dan rezeki tu kuasa Allah. Bukan kah Allah dah pesan semua yang kita ada ni pinjaman je? Yang duk takbur sangat tu tak takut Allah tarik balik?

Dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Allah Ta'ala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi; dan (ketika itu) Arasy Allah Ta'ala berada di atas air."

So, soal jodoh ajal maut rezeki ni kite berserah je pada Allah, dengan usaha dan tawakkal. Kepada sesiapa yang dah baca entry ni, harap paham-paham lah perasaan orang lain jugak dan jgn sesuka hati je tanye orang dan buat andaian-andaian yang korang tak sedar boleh melukakan hati rakan-rakan.