I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Selasa, Jun 18, 2013

Doa Untukmu Sahabat



Ya Allah Ya Tuhanku
Engkaulah yang Maha Besar,Maha Penyayang,Maha Penyembuh atas segala penyakit..
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku tahu sahabatku ini sedang diuji dengan ujian yang amat kecil daripada ujian-ujian besar yang Engkau berikan kepada hamba-hamba mu yang lain..
Aku mohon padaMu Ya Allah
Moga dia diperkuatkan imannya dan sihat seperti sediakala bagi membolehkanya dia memperhambakan diri kepadaMu Ya Allah dengan lebih sempurna..
Ya Allah
Dalam kepayahan menghadapi ujianMu,aku yakin bahawa dia dapat melalui ujianMu dengan penuh ketabahan dan penuh redha serta memperkuatkan dan memperjitukan imannya serta amalannya kepada Mu Ya Allah.Sebagai hambaMu Ya Allah,aku hanya mampu berdoa dan dia juga berdoa yang sama agar dia sihat seperti biasa dan dapat menunaikan kewajipannya kepada Mu Ya Allah..

Tiada ulasan: