I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Khamis, Oktober 21, 2010

Perhiasan dalam penampilan aksesori & barang kemas

Wanita memang tidak boleh dipisahkan daripada sebarang bentuk bahan atau barang yang boleh menambah kecantikan atau keindahan penampilan mereka.

Allah juga cintakan kecantikan dan sebagai manusia kita tidak dapat menolak naluri wanita untuk memberi perhatian kepada apa jua bahan yang dapat meningkatkan keindahan paras rupa dan imej mereka.  NUR isu ini akan membangkitkan satu lagi tajuk yang memang digemari wanita iaitu perhiasan dan barang-barang kemas. Wanita berhijab lazimnya memakai rantai leher, rantai tangan dan subang yang akan tertutup dengan tudung serta lengan baju yang tidak dapat menzahirkan barang perhiasan tersebut dengan jelas atau langsung.

Apa yang dapat diperlihatkan oleh wanita bertudung biasanya hanya secebis atau sebahagian rantai panjang bersama loket atau hujung rantai sahaja. Begitu juga dengan rantai tangan atau gelang. Yang ketara ialah cincin kerana terletak pada jari manis. Cara inilah yang dianjurkan kepada wanita Islam untuk berhias mengikut syarak dan bersederhana dalam apa juga perbuatan mengikut Islam. Dengan barang kemas atau aksesori yang dapat dizahirkan secara langsung atau secara tidak sengaja sudah mencukupi dan tidak perlu memakainya secara berlebihan dari segi jumlah dan saiz.

Tiada ulasan: