I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Jumaat, Ogos 06, 2010

Cara Terbaik Berpuasa & Cara Berpuasa Yang Memudaratkan

Cara terbaik ketika berbuka:

  •   Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta  seteguk air.
  •   Kemudian solat maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut  mencerna makanan.
  • Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan  kekacang.
  •   Kurangkan kadar makanan daripada biasa.
  •   Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.
  • Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Cara berpuasa yang boleh memudaratkan:

  •   Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).
  •   Makan makanan pedas dan berempah serta payah hadam.
  •   Makan terlalu banyak daging binatang, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
  •   Mengulangi makan sepanjang malam.
  • Kurang minum air pada malam atau lebih minum air ketika makan.
  • Tidur selepas kenyang makan.

 

Mesej utama ialah, pembaziran juga 'pembunuh' manusia kerana hidup dalam keadaan terlalu mewah tanpa berusaha menjaga kesihatan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

1 ulasan:

Admin berkata...

Datang membaca ilmu:) baru selesai bersahur tadi..