I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Selasa, Jun 08, 2010

Terimalah Teguran Orang Lain...


Bagaimana bentuk teguran yang anda label sebagai teguran membina, teguran menjatuhkan atau memalukan, teguran merosakkan? Bagi saya sendiri, apapun cara atau bentuk teguran tu, tujuannya tetap satu, orang yang menegur ingin melihat seseorang berubah hasil daripada teguran itu. Tidak kira sama ada ia disampaikan secara kasar atau halus. Saya ambil satu contoh mudah. Kadang dalam kehidupan harian saya juga sering menegur anak-anak atau orang yang rapat di sekeliling saya. Cara teguran berbeza-beza bergantung kepada keadaan. Dalam suatu ketika saya menegur anak-anak dengan cara yang halus, tetapi sekali sekala saya perlu menegur orang dengan cara yang sedikit keras. Adakah saya salah kerana menegur dengan cara keras? Terpulanglah kepada anda sendiri. Tapi bagi saya, kalau dah tak dapat ditegur dengan cara yang lembut, gunakan cara yang kasar. Baru mendatangkan kesan. Janji niat di hati ikhlas untuk membantu. Itu pandangan saya, bagaimana pandangan anda sendiri?

Jadi, tidak kiralah siapa yang menegur kita, lebih tua atau lebih muda, jangan lihat pada usianya, tapi dengar dan fahami apa yang ditegur. Senang cerita. Orang yang menegur tu sebenarnya berusaha untuk membantu kita. Menjadikan kita lebih baik. Bukan hendak menjahamkan kita. Jadi fikirkan perkara yang positif walaupun kita ditegur dengan cara yang kasar. Apapun, kepada yang menegur pula, sebaik-baiknya usahakan dengan teguran yang lembut dulu. Jika sekali ditegur dengan lembut tak juga faham, barulah tegur dengan kaedah yang lain. Dengan cara ni mesti tiada sebab orang lain nak pertikaikan cara teguran kita tu.

Sebagai penutup pula, saya ingin memetik kata-kata Horatio Caine dalam CSI Miami:

… di penghujung hari jika kita tidak saling membantu, kita akan mati sendirian…

Tiada ulasan: