I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Rabu, Jun 09, 2010

Teguran; Maafkan Aku Teman



Pernah anda mendengar kata-kata hikmah, “kerana sayang, kita menegur”. Menegur untuk kebaikan, bukan menjatuhkan! Namun, acapkali kurang diamalkan.

Memberi peringatan secara umum sudah menjadi kebiasaan. Namun, teguran secara peribadi itu kadangkala diperlukan. Teguran ikhlas dari seorang sahabat agar kelemahan diri ditukar menjadi kebaikan. Kebaikan menjadi kekuatan. Begitulah sebaiknya.

“Tolong tegur saya jika saya melakukan kesalahan…”, kerisauan diwajahnya jelas kelihatan.

Sahabat yang terkenal dengan keramahannya. Risau barangkali andai kurang `menjaga`. Selepas sama-sama mendengar tazkirah tentang bab teguran sesama sahabat, cepat-cepat pesanan di atas diluahkan. Ketika itu juga saya tersedar, sudah tertunaikan tanggungjawabku sebagai teman menegur untuk kebaikan.

Atau diri ini tidak menegur kerana cuba memberikan alasan?

Takut andai sahabat kecil hati.

Sudah pasti sahabat sedar akan kesalahannya.

Hendak menegur? Diri sendiri pun tidak cukup baik.

Bermacam-macam lagi.

Alasan boleh dicari. Tanpa teguran daripada sahabat, diri sendiri yang rugi. Sahabat yang akrab ibarat cermin. Memberitahu kekurangan yang tidak dapat dilihat dengan mata sendiri.

Maafkan aku teman, seringkali aku mengabaikan teguran untuk dirimu memperoleh kebaikan.

Tiada ulasan: