Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.
Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.
Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
JANGAN BERSEDIH…
kata hati:~setiap yg berlaku ade hikmahnye~
3 ulasan:
memaafkan adalah sebaik-baik penawar tapi untuk melupakan tidaklah semudah memaafkan
ibarat jari yang luka di kelar pisau pasti akan meninggalkan parut namun parut di jari ada ubatnya, lama-kelemaan parut tersebut akan hilang
begitu juga hati, hati yang dilukai pasti akan meninggalan parut tapi parut di hati tiada ubatnye, parut tersebut tak dapat hilang tuk selamanya
tidak dapat melupakan tidak bermakna berdendam cuma ia adalah sebahagian parut luka di ati :[
setuju dgn cik zati , macam orang cakap..senang untuk memaafkan..tapi untuk melupakan mustahil...
lebih baik memaafkan, agar hidup kita pun tenang di kemudiaan hari, tanpa rasa serba salah~~oke -:)
peritnya dicurangi kan.. :(
kata maaf mungkin sebagai penawar terbaik tapi yg pasti parutnya akan tetap kekal menjadi pengalaman berharga setiap insan!
Catat Ulasan