“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna......
1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.
2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.
3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.
4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.
5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.
6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.
7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.
8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterin. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.
3 ulasan:
keciwa sebab cinta,.. tu pasal nak benti blog...nnt kalau ade mase akan aktif semula... berat hati tapi nak buat macam mane..terpakse..uwaaaaaaaaa
wah2...sweet la..hehe
cik aidacomei>> Jgn lah bhenti...Jgn lemah d sbbkn cinta...
amirah>> :)
Catat Ulasan