I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ratings and Recommendations by outbrain

Selasa, Mei 15, 2012

ADAB BERKAWAN ( Kawan yang baik)


Bukannya senang hendak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga hendak menjadi kawan yang baik.

♥ Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

♥ Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

♥ Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan @ bekerjasama dlm apa jua perkara.

♥ Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

♥ Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membenci org lain & menabur fritnah.

♥ Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk menjadi batu api.

♥ Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat komplot dlm sesuatu organisani..sebaliknya..........

♥ Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat semua perkara yg menuju kearah kebaikan.

♥ Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

♥ Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tidak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

♥ Kawan yang baik tidak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

♥ Kawan yang baik tidak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

♥ Kawan yang baik tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

♥ Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

♥ Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah Seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

♥ Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

♥ Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

♥ Kawan yang baik akan mem’post’ kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan juga kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.


Dan kalau kita hendak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik…kepada kawan baik kita.

Ahad, Mei 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Emak,
Walaupun kita jauh,
Mak sentiase ingat kat along kn...
Kalau boleh ari2 mak nk call along kn...

Emak,
Along rindu sngt kt mak...
X sabar nk jmp mak...
Nk borak2 dgn mak n nk tdo dgn mak...

Emak,
Sayangnya mak kt along kn...
Bile along sakit,
Mak risau sngt kn...
Mak nangis coz mak x dpt jaga anak mak yg jauh nie bile sakit kn..

Emak,
Slalu kalau mak ade mslh mak mesti call along kn...
Mak mesti cerita kt along kn...
Along pun cm tue gak kn...
Pape mesti along cari mak....

Emak, 
Along ingt lagi saat along down giler...
Mak lah yg byk bagi support kt along..
Mak jugak lah yg berusaha kembalikn semangat along...
Saat along susah,mak lah yg membantu..
Saat along sedih,mak lah yg memujuk...

Emak,
Begitu besar pengorbananmu...
Hanya Allah yg dpt membalas segalanya...
Along minta maaf kalau along byk sakitkn ati mak..
Halalkn segalanya yg mak berikn pd along...
Along syg mak dunia akhirat....
Selamat Hari Ibu....





Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan

Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan

Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan

Oh ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku

Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan

Oh ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu takkan mampu
Untuk terbalaskan

Oooh putih kasihmu ‘kan abadi
Dalam hidupku




kata hati: xtau nape berjurai2 air mata bile ingt kt mak time nie...

Sabtu, Mei 12, 2012

Menegur atau menyindir?


Setiap manusia yang Allah ciptakan sama sahaja, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan masing-masing mempunyai hati dan perasaan. Adakalanya kita ketawa dan adakalanya kita  sedih dan menangis. Ada juga manusia yang mudah tersinggung dan terasa hati, dan ada juga manusia yang tiada perasaan langsung. Apa yang bezanya di sini ialah bagaimana cara manusia mengawalnya.
Terasa hati? Pernahkah anda terasa hati dengan rakan-rakan anda? Bagaimana ia berlaku? Adakah teguran itu daripada golongan yang lebih baik daripada anda ataupun sebaliknya? Pernahkah anda perhatikan cara teguran mereka? Adakah teguran mereka itu secara nasihat ataupun halus dan berbaur sindiran? Saya sendiri tidak terlepas daripada disindir oleh rakan-rakan. Bukan sekali ataupun dua kali. Tetapi sudah berpuluh kali. Apa yang saya lakukan hanyalah berdiam diri.
Teguran selalunya berlaku dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Ia akan terjadi di kalangan orang yang rapat dengan kita. Ada jenis teguran secara nasihat-menasihati dan ada juga jenis teguran secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati, dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tetapi, siapakah yang sanggup menegur dengan cara menasihati?
Hanya segelintir sahaja daripada kita yang sanggup menegur secara menasihati. Selebihnya  lebih suka menegur secara halus iaitu dengan cara sindiran. Ini adalah ujian yang sangat berat kepada kita terutamanya kepada golongan yang telah banyak melakukan ibadat seperti wanita-wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat juga tidak terlepas daripada perbuatan ini. Adakah mereka sudah merasakan diri mereka sudah mulia ataupun mereka melakukannya secara tidak sedar?
Saya tidak bermaksud ingin mengaibkan sesiapa, tetapi secara pemerhatian yang saya lakukan, kebanyakan daripada rakan-rakan saya boleh dikatakan daripada golongan baik-baik dan selalu menyertai usrah dan berqiamullail, apabila mereka melihat keburukan seseorang, mereka secara tidak langsung lebih suka menyindir dan mengata di belakang.
Tidakkah mereka sayang pada pahala yang mereka kumpul? Tidakkah mereka fikir akan perasaan orang lain terutama daripada golongan yang mudah terasa hati? Daripada hadis riwayat al-Hakim,
"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
Sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu (hati) serta mengusik jiwa kita. Perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu perhubungan yang telah lama terbina dan akibat daripada perbuatan buruk inilah menjadikan kebencian si penyindir membuak-buak apabila isu sensitif di besar-besarkan.
Sindiran ini juga memberi kesan negatif terhadap si penerima sindiran. Berkemungkinan si penerima sindiran pada permulaannya berdiam diri dan memendam perasaannya, tetapi apabila tiba masanya, dia akan menjadi berdendam kepada si penyindir. Pada masa inilah si penerima sindiran akan meluahkan dan mengungkit-ungkit apa yang dipendamnya selama ini.
Pepatah mengatakan, "Lidah itu tidak bertulang" tetapi disebabkan lidahlah membuak-buaknya api permusuhan manusia. Hanya disebabkan satu perkataan sahaja, membuatkan hati yang mendengarnya terluka dan sesuatu ukhuwah yang dijalinkan menjadi berantakan.
Justeru, marilah kita sama-sama mengubah diri kita, mengubah gaya hidup, saling hormat-menghormati hak sesama kita, membudayakan sifat saling nasihat-menasihati, serta menegur dengan cara yang berhikmah agar orang yang ditegur dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tetapi, tegur itu biarlah kena pada masa dan tempatnya. Iman Syafie' berkata, "Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu." Biarlah kita menegurnya bukan di kalangan ramai orang kerana menegur di tempat ramai orang boleh menjatuhkan air muka seseorang. Kita telah memalukannya di hadapan orang ramai. Apakah perasaan kita apabila kita berada di tempat mereka? Renung-renungkanlah.
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."
HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).
Buangkanlah sifat mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Tutuplah aib mereka jika kita tidak mahu menampakkan aib kita kepada orang lain. Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang baik untuk bersama kita.
Jikalau kita asyik menyindir orang, tidak mustahil juga suatu hari nanti, orang yang kita sindir itu  akan menjadi individu terbaik dan terhebat daripada kita. Pada masa itulah kita akan merasa sangat-sangat bersalah dan kesal di atas perbuatan yang kita lakukan terhadap orang yang kita sindir pada suatu ketika dahulu.

Maafkanlah dengan menerima segala kekurangan yang ada pada mereka. Al-Hasan bin Wahab berkata, "Salah satu hak berteman adalah memberi maaf di atas kesalahan yang terjadi dan tidak mencelanya."  Ingatlah kebaikan orang lain terhadap kita, dan janganlah mengungkit-ungkit kebaikan kita terhadap orang lain. Maafkanlah dan lupakan setiap kesalahan yang orang lakukan terhadap kita. Dengan melupakan kejahatan orang terhadap kita, maka timbullah perasaan kasih sayang yang terpancar dalam diri dan akan menarik perhatian orang untuk menyayangi kita.

Ahad, Mei 06, 2012

06.05.2012

Ari nie genap sudah sebulan...
Kowg mesti t'tanye2 kn pe yg genap sebulan...
Biarlah rahsia...
Lgpun kalau di ingtkn sedih rasenye...
Sakit ati pun ade...
Tp xpe lah...
Yg b'lalu 2, biarkan b'lalu...
Aku kene kuat utk hadapi dugaan yg akan dtg...
Biarlah cerita yg lepas m'jadi kenangan & sejarah hidup aku...
Pd Mu Ya Allah...
Aku mohon berikan aku kekuatan utk teruskn kehidupan ini...

Khamis, Mei 03, 2012

Aku Cuma Insan Biasa

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. 
Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Rabu, Mei 02, 2012

Rindu Bertandang

X tau nape tetibe rindu....
Rindu sngt3...
Rindu pd yg telah tiada....
Aku rindu sngt kt arwah bf aku...
Dh dkt 2 thn dye pergi...
Tp rindu tue sentiase bertandang...
Sebak, sedih bile ingt arwah...
Air mata nie x henti2 mengalir....

Ya Allah,berikanlah aku kekuatan...
Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi ari2 yg mendatang...
Ya Allah,tempatkan lah arwah dalam kalangan org yg soleh & beriman...
Al-fatihah utk arwah....

Selasa, Mei 01, 2012

< HAPPY LABOUR DAY >

Selamat Hari Pekerja pd sume yg dh bekerja...
Ari nie x g mne2 pun juz dok umah je...
Dok umah buat ape yg patot..
Kemas umah,basuh baju,lipat kaen, masak n mcm2 lg lah..
Ptg2 cmnie pe lg dok rehat jelah coz dh pnt buat keje umah...
Bosan rasenye dok umah sowg2 nie....
Xtau dh nk buat ape..
Dok ngadap lappy jelah jwbnye...
So pd kowg2 tue...
Selamat bercuti...


<HAPPY LABOUR DAY>